En. Roslan dan Puan Nabilah

Posted by ZulBM | 5:20 PM | 0 comments »

”Pada mulanya kami tertarik dgn kesungguhan rakan yg ingin membebaskan hutang beliau. Setelah mengikuti bengkel perancangan kewangan yg dianjurkan, kami turut melaksanakan perancangan yang dirancangkan untuk kami. Alhamdulilah, setelah mengusahakannya selama empat bulan akhirnya berjaya juga kami melangsaikan bebanan kami selama ini dan kini mulai dpt menyimpan dlm asb sbk 4 angka yang tidak pernah kami fikirkan sebelum ini. Langkah selanjutnya kami akan memendekkan pinjaman perumahan kami dari 30thn ke 10 ke 12 thn shj tanpa membebankan!!. Insyaallah tahun hadapan dapat juga sekeluarga melancong ke luar negara. Wassallam

En. Roslan dan Puan Nabilah, Puchong, roslana@pjh.com.my

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Alhamdulillah, saya telah pun mendapat manfaat daripada program ini. Hutang kredit kad saya sebanyak RM12,000 telah pun selesai . Kini saya mula menyimpan dengan ASB sebanyak 4 angka, sesuatu yang x pernah dibuat selama 29 tahun sebelum ini.

Selamat Hari Raya sekali lagi dari Aliff Sufian dan Nur Aidah
Tq

Assalamualaikum wbr dan Salam Sejahtera......

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang telah saya lalui dan perolehi dalam usaha saya untuk mengeluarkan diri saya keluar daripada kepompong hutang yang amat membebankan. Alhamdulillah, hari ini sebahagian daripada hutang2 saya terutamanya hutang kad2 kredit telah dapat saya langsaikan dalam tempoh terdekat. Yang seronoknya lagi saya dapat membeli sebuah rumah di Putrajaya yang berharga RM 285,000 yang pada mulanya saya tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya. Yelah, dengan single income, isteri tidak bekerja, anak seramai 5 orang, semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Umur saya pulak dah 41 tahun, mulanya perit nak memikirkan bagaimana cara utk membayar bayaran ansuran bulanan rumah kiranya rumah itu di beli sekarang. Apatah lagi umur bersara 55 tahun. Bayangkan bagaimana caranya saya nak membayar ansuran bulanan loan rumah selepas bersara kalau loan yang diambil nanti selama 24 tahun.

Namun itu semua pengalaman yang harus saya kongsikan kerana pada hari ini sebahagian daripada objektif/matlamat yang saya inginkan telah saya capai dalam tempoh 4 bulan, satu tempoh yang panjang bagi saya terutama di dalam usaha untuk mendapatkan loan untuk penyediaan platform. Disini banyak mengajar saya pengalaman dan ilmu perbankan semasa berurusan dgn pihak bank dan yang penting sekali saya kena banyar2 bersabar dan berdoa agar segala urusan saya berjalan dengan lancar.

Apakah matlamat yang telah saya capai setakat hari ini? PERTAMA, saya telah berjaya melangsaikan hutang-hutang 5 kad kredit saya. Satu kelegaan kerana inilah hutang yg paling membebankan (interest yg paling tinggi) selama ini dan disinilah byk duit saya di habiskan selama ini. KEDUA, saya dpt memiliki sebuah rumah teres 2 tingkat di Putrajaya yang berharga RM 285,000. KETIGA, saya mempunyai OD ASB utk saya gunakan secara berhemah dalam usaha saya menstabilkan kewangan saya. Disini juga saya akan tetap mendapat pulangan daripada ASB yang telah saya cagarkan setiap tahun. Ianya juga termasuk 6 bulan wang kecemasan yang bersamaan dgn 6 bulan gaji saya. KEEMPAT, saya dapat membuat simpanan setiap bulan yang mana sebelum ini nak menyimpan sikit pun payah. Inilah juga simpanan untuk persediaan persaraan, pelajaran anak2, nak pergi haji dan umrah.

Pengalaman saya boleh di ibaratkan seperti ternampak cahaya harapan yang datang dari jauh, kelihatan kecil dan lama-lama menjadi terang semakin dekat dan akhirnya cahaya tersebut menjadi terang dan berada hampir dgn saya dan terus bersinar. Ianya ibarat keadaan saya sekarang ini. Alhamdulillah, berkat doa saya suami isteri akhirnya Allah tunjukkan jalannya dan keadaan kami sekarang adalah lebih baik daripada dulu, malahan kami dah tak takut lagi nak menjawab panggilan talipon yang tak di kenali atau membuka surat2 daripada bank2. Yang seronok, pihak bank pulak yang menalipon bagitau loan encik dah lulus dan sebagainya.

Saya setakat inilah dapat saya kongsi bersama. Kalau tuan2/puan, Encik, Cik, nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah hubungi saya di talian 019-377 6239 atau email kepada saya di zul_hami@yahoo.com. Marilah kita sama2 tingkatkan ekonomi kita dan yang penting sekali sekiranya ingin berjaya kita hendaklah sentiasa berfikiran POSITIF dan sentiasa berdoa kepadaNya agar usaha kita untuk bebas hutang mendapat keberkatanNya dan di makbulkan doa kita itu.

Zulkiflee/Haniza
019-377 6239/019-377 8279
zul_hami@yahoo.com

BMW dah depan mata....

Posted by ZulBM | 6:42 AM | 2 comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga relaxjap.
Terlebih dahulu aku mintak maaf sebab bahasakan diri sebagai
aku..sebelum nih,aku ebagai pemerhati je kat sini..suka baca..
boleh dapat pengalaman dan ilmu yang dimuatkan disini..
hari ni, aku tergerak hati nak menaip pulak.. jadi aku taip jelah
apa yang aku sendiri alami daripada ilmu baru yang aku perolehi
hasil dari aku menyertai group ini.. itulah yang dikatakan ilmu..
kite sentiasa
tidak pernah habis bile dikaitkan dengan ilmu..bahkan
tuntutan agama pun ada mengatakan tuntut lah ilmu sehingga kenegara
china..aku bukannya arif sangat tentang agama nih..tersalah kang..
susah jugak ..baik aku tak perlu kaitkan dalam tulisan aku nih..
 
.. bagi aku..
sebagai seorang insan..aku sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik
untuk keluarga aku.. dan sekarang nih..masalah aku banyak tertumpu
kepada duit.. bukan lah duit semata-mata kita hidup.. tapi keadaan
yang membuatkan kita perlu cari duit untuk tanggung keluarga supaya
dapat kita berikan yang terbaik.. jadi untuk dapatkan duit, aku
banyak buat keje part time selama ini.. ye lah..nak bagi yang
terbaik kepada keluarga..kerja aku sekarang dan dari dulu lagi lepas
aku graduate..memang dah cukup bagus dah..bagi setengah oranglah..
aku kerja sebagai seorang jurutera..dah hampir 10 tahun..bila cerite
tentang gaji.nak kata besar.tak lah besar..nak kata kecik..tak lah
kecik..bolehlah nak sara hidup aku ngan keluarga..tapi bila tanya
pasal saving..susah skit lah..ada tu ada..tapi tak selalu..paling
banyak pun aku buat saving RM500.. itu pun jarang-jarang..
 cerita pasal hutang..aku tak banyak berhutang..cuma hutang2 yang
biasa je lah.. hutang kereta..hutang rumah(rumah sewa)..lain-lain
tu belanja isi rumah..aku nak pakai kad kredit pun aku takut..sebab
kawan2 dah ramai yang terjerat dengan kad kredit.. so aku avoid
guna kad kredit..semua aku belanja pakai cash...
 tapi aku ada impian aku ..impian aku nak pakai kereta BMW..e46..
aku cukup minat dengan model ni..bukan aku tak mampu beli sebelum
nih..cuma b
ila aku beli aku langsung tak boleh nak buat saving..so
aku hold dulu beli BMW.. my dream car.. ye lah ..ramai orang kata
kereta tu bukan kemestian..ianya satu keperluan jer..aku setuju..
tapi aku nak pakai juga kereta BMW ni kerana ia adalah impian aku..
tak kira lah macam mane pun.. aku tetap akan beli BMW..sebab ianya
satu kepuasan bagi aku bile aku dapat pakai kereta BMW nih..
 ..aku join bengkel..so aku terus bayar..
bagi aku duit yang aku bayar untuk dapatkan ilmu tu..aku tak pernah
rasa rugi atau menyesal.. janji aku dapat sesuatu ilmu yang bagi aku ..
aku tak pernah mengeathui mengenainya sebelum ini.. alhamdulillah..
aku berterima kasih kepada semua yg terlibat.
sebelum ini aku tak pernah terfikir aku boleh buat saving sekiranya
aku pakai kereta BMW..kereta idaman aku..tapi sekarang aku dah pakai
kereta berkenaan..WOW..bagi orang macam aku nih..yang belum pernah
bawa sendiri kereta BMW nih.. memang superb..that's why they called

it "Ultimate Driving Machine .. UDM" ..memang superb..
 
aku di sini bukan nak cerita pasal BMW aku nih..aku nak cerita
pasal saving..nih semua idea dan kepakaran yang
membolehkan aku dapatbuat saving sebanyak RM950 untuk bulan pertama
nih..dan aku dah bank in duitberkenaan kat akaun ASB wife aku..
aku happy..wife aku pun happy..aku sekeluarga happy..
 
di sini aku tak nak lobi kepada sesiapa..aku cuma kongsi pengalaman
aku dengan bengkel pengurusan..itu sahaja.. cuba
n .. dan kepada warga urusduit, semoga tabah dantenang
menghadapi pelan anda semua..