BMW dah depan mata....

Posted by ZulBM | 6:42 AM | 2 comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga relaxjap.
Terlebih dahulu aku mintak maaf sebab bahasakan diri sebagai
aku..sebelum nih,aku ebagai pemerhati je kat sini..suka baca..
boleh dapat pengalaman dan ilmu yang dimuatkan disini..
hari ni, aku tergerak hati nak menaip pulak.. jadi aku taip jelah
apa yang aku sendiri alami daripada ilmu baru yang aku perolehi
hasil dari aku menyertai group ini.. itulah yang dikatakan ilmu..
kite sentiasa
tidak pernah habis bile dikaitkan dengan ilmu..bahkan
tuntutan agama pun ada mengatakan tuntut lah ilmu sehingga kenegara
china..aku bukannya arif sangat tentang agama nih..tersalah kang..
susah jugak ..baik aku tak perlu kaitkan dalam tulisan aku nih..
 
.. bagi aku..
sebagai seorang insan..aku sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik
untuk keluarga aku.. dan sekarang nih..masalah aku banyak tertumpu
kepada duit.. bukan lah duit semata-mata kita hidup.. tapi keadaan
yang membuatkan kita perlu cari duit untuk tanggung keluarga supaya
dapat kita berikan yang terbaik.. jadi untuk dapatkan duit, aku
banyak buat keje part time selama ini.. ye lah..nak bagi yang
terbaik kepada keluarga..kerja aku sekarang dan dari dulu lagi lepas
aku graduate..memang dah cukup bagus dah..bagi setengah oranglah..
aku kerja sebagai seorang jurutera..dah hampir 10 tahun..bila cerite
tentang gaji.nak kata besar.tak lah besar..nak kata kecik..tak lah
kecik..bolehlah nak sara hidup aku ngan keluarga..tapi bila tanya
pasal saving..susah skit lah..ada tu ada..tapi tak selalu..paling
banyak pun aku buat saving RM500.. itu pun jarang-jarang..
 cerita pasal hutang..aku tak banyak berhutang..cuma hutang2 yang
biasa je lah.. hutang kereta..hutang rumah(rumah sewa)..lain-lain
tu belanja isi rumah..aku nak pakai kad kredit pun aku takut..sebab
kawan2 dah ramai yang terjerat dengan kad kredit.. so aku avoid
guna kad kredit..semua aku belanja pakai cash...
 tapi aku ada impian aku ..impian aku nak pakai kereta BMW..e46..
aku cukup minat dengan model ni..bukan aku tak mampu beli sebelum
nih..cuma b
ila aku beli aku langsung tak boleh nak buat saving..so
aku hold dulu beli BMW.. my dream car.. ye lah ..ramai orang kata
kereta tu bukan kemestian..ianya satu keperluan jer..aku setuju..
tapi aku nak pakai juga kereta BMW ni kerana ia adalah impian aku..
tak kira lah macam mane pun.. aku tetap akan beli BMW..sebab ianya
satu kepuasan bagi aku bile aku dapat pakai kereta BMW nih..
 ..aku join bengkel..so aku terus bayar..
bagi aku duit yang aku bayar untuk dapatkan ilmu tu..aku tak pernah
rasa rugi atau menyesal.. janji aku dapat sesuatu ilmu yang bagi aku ..
aku tak pernah mengeathui mengenainya sebelum ini.. alhamdulillah..
aku berterima kasih kepada semua yg terlibat.
sebelum ini aku tak pernah terfikir aku boleh buat saving sekiranya
aku pakai kereta BMW..kereta idaman aku..tapi sekarang aku dah pakai
kereta berkenaan..WOW..bagi orang macam aku nih..yang belum pernah
bawa sendiri kereta BMW nih.. memang superb..that's why they called

it "Ultimate Driving Machine .. UDM" ..memang superb..
 
aku di sini bukan nak cerita pasal BMW aku nih..aku nak cerita
pasal saving..nih semua idea dan kepakaran yang
membolehkan aku dapatbuat saving sebanyak RM950 untuk bulan pertama
nih..dan aku dah bank in duitberkenaan kat akaun ASB wife aku..
aku happy..wife aku pun happy..aku sekeluarga happy..
 
di sini aku tak nak lobi kepada sesiapa..aku cuma kongsi pengalaman
aku dengan bengkel pengurusan..itu sahaja.. cuba
n .. dan kepada warga urusduit, semoga tabah dantenang
menghadapi pelan anda semua..

2 comments

  1. miza // 9/06/2007 10:10 PM  

    Askum...Alhamdulillah dah 3 bulan kami dengan platform en aziz.apa yang melegakan hutang kad credit dah langsai x pakai satu pun sekarang..kami dalam proses nak keluarkan nama my husband dari ctos..bukan apa dia jadi penjamin kawan..tp kawan dia dah lupakan dia bila dah agak senang my husband yang jadi mangsa..bila ctos ni susah nak berurusan dengan bank kami nak refinance rumah pun payah..insyaallah bulan depan kami akan cuba selesaikan..jadi nak ingatkan pada kawan2 diluar sana jangan senang2 nak jadi penjamin orang akibatnya kita yang tanggung..tp xpe kami tak akan mengalah apa yang en aziz plankan kami ikut..insyaallah by end of this year ctos kami selesa..dah x sabar rasanya nak teruskan dengan od kedua..apa agaknya plan en aziz seterusnya..thanks alot en aziz nasihat dan kata2 perangsang setiap kali perjumpaan akan kami jadikan panduan itu yang jadi pembakar semangat kami...mudah-mudahan kami akan berjaya seperti yang dah pun berjaya...
    -miza-

  2. yus // 3/20/2010 4:17 AM  

    assalamualaikum.. tumpang bertanya, saya tertarik dengan testimoni saudara n saudari yg telah pun berjaya dalam perancangan masing2.. soalan saya, mcammaner nak ikut bengkel en aziz nie.. kalau boleh kongsikan pengalaman cara bagaimana anda semua menguruskan kewangan n selesaikan hutang..

    yang benar
    mohd yusof