Assalamualaikum wbr dan Salam Sejahtera......

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang telah saya lalui dan perolehi dalam usaha saya untuk mengeluarkan diri saya keluar daripada kepompong hutang yang amat membebankan. Alhamdulillah, hari ini sebahagian daripada hutang2 saya terutamanya hutang kad2 kredit telah dapat saya langsaikan dalam tempoh terdekat. Yang seronoknya lagi saya dapat membeli sebuah rumah di Putrajaya yang berharga RM 285,000 yang pada mulanya saya tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya. Yelah, dengan single income, isteri tidak bekerja, anak seramai 5 orang, semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Umur saya pulak dah 41 tahun, mulanya perit nak memikirkan bagaimana cara utk membayar bayaran ansuran bulanan rumah kiranya rumah itu di beli sekarang. Apatah lagi umur bersara 55 tahun. Bayangkan bagaimana caranya saya nak membayar ansuran bulanan loan rumah selepas bersara kalau loan yang diambil nanti selama 24 tahun.

Namun itu semua pengalaman yang harus saya kongsikan kerana pada hari ini sebahagian daripada objektif/matlamat yang saya inginkan telah saya capai dalam tempoh 4 bulan, satu tempoh yang panjang bagi saya terutama di dalam usaha untuk mendapatkan loan untuk penyediaan platform. Disini banyak mengajar saya pengalaman dan ilmu perbankan semasa berurusan dgn pihak bank dan yang penting sekali saya kena banyar2 bersabar dan berdoa agar segala urusan saya berjalan dengan lancar.

Apakah matlamat yang telah saya capai setakat hari ini? PERTAMA, saya telah berjaya melangsaikan hutang-hutang 5 kad kredit saya. Satu kelegaan kerana inilah hutang yg paling membebankan (interest yg paling tinggi) selama ini dan disinilah byk duit saya di habiskan selama ini. KEDUA, saya dpt memiliki sebuah rumah teres 2 tingkat di Putrajaya yang berharga RM 285,000. KETIGA, saya mempunyai OD ASB utk saya gunakan secara berhemah dalam usaha saya menstabilkan kewangan saya. Disini juga saya akan tetap mendapat pulangan daripada ASB yang telah saya cagarkan setiap tahun. Ianya juga termasuk 6 bulan wang kecemasan yang bersamaan dgn 6 bulan gaji saya. KEEMPAT, saya dapat membuat simpanan setiap bulan yang mana sebelum ini nak menyimpan sikit pun payah. Inilah juga simpanan untuk persediaan persaraan, pelajaran anak2, nak pergi haji dan umrah.

Pengalaman saya boleh di ibaratkan seperti ternampak cahaya harapan yang datang dari jauh, kelihatan kecil dan lama-lama menjadi terang semakin dekat dan akhirnya cahaya tersebut menjadi terang dan berada hampir dgn saya dan terus bersinar. Ianya ibarat keadaan saya sekarang ini. Alhamdulillah, berkat doa saya suami isteri akhirnya Allah tunjukkan jalannya dan keadaan kami sekarang adalah lebih baik daripada dulu, malahan kami dah tak takut lagi nak menjawab panggilan talipon yang tak di kenali atau membuka surat2 daripada bank2. Yang seronok, pihak bank pulak yang menalipon bagitau loan encik dah lulus dan sebagainya.

Saya setakat inilah dapat saya kongsi bersama. Kalau tuan2/puan, Encik, Cik, nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah hubungi saya di talian 019-377 6239 atau email kepada saya di zul_hami@yahoo.com. Marilah kita sama2 tingkatkan ekonomi kita dan yang penting sekali sekiranya ingin berjaya kita hendaklah sentiasa berfikiran POSITIF dan sentiasa berdoa kepadaNya agar usaha kita untuk bebas hutang mendapat keberkatanNya dan di makbulkan doa kita itu.

Zulkiflee/Haniza
019-377 6239/019-377 8279
zul_hami@yahoo.com

2 comments

  1. Unknown // 4/22/2007 5:23 AM  

    En Zul,
    I'm on my way. Insyaallah.

  2. Bicara Legal // 5/03/2007 2:49 AM  

    A'kum Abg Zul & Kak Haniza,

    insya allah saya & suami akan ikut plan ni... tgh usahakan duit utk create platform. segala kad yg dicadangkan pun dah apply. skang ni, kena tunggu dlm 2-3 weeks to get respond dari sumer bank2 tu.

    harap2 xde problem... insya allah...

    -rose-